berita

Bapa Keluar Hisap Rokok Sambil Layan Facebook, Bayi 9 Bulan Mati Dalam Tab Mandi Ditinggalkan Sendirian

July 25th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang bayi perempuan berusia 9 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditinggalkan sendirian di bilik mandi selama tujuh minit tanpa pengawasan oleh ibu bapanya.

Bayi lemas dalam tab mandi

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, insiden yang berlaku pada 2 April 2021 itu dipercayai berpunca daripada kecuaian si bapa, Daniel James Gallaghe yang meninggalkan anaknya, Leah Jayde berusia 9 bulan di dalam tab mandi dengan ketinggian air 10 hingga 12 sentimeter. Ketika itu, pili air juga masih terbuka.

Bercerita mengenai insiden yang berlaku, Daniel James Gallaghe mengaku dia telah keluar beberapa minit untuk menguruskan masalah bekalan elektrik di rumahnya di Queensland, Australia. Selepas itu, dia merokok sambil melayari aplikasi Facebook. Tidak lama kemudian, dia kembali semula ke bilik mandi dan alangkah terkejutnya apabila melihat anak perempuannya itu sudah terampung di dalam tab mandi. Dia yang panik melihat keadaan itu segera menghubungi panggilan kecemasan dan sementara menunggu, dia juga sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada anaknya. Ibu mangsa, Shaylan Gallagher yang sudah bercerai dengan Daniel pada 2020, segera datang ke rumah bekas suaminya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu. Menurut sumber, Leah dikejarkan ke Hospital Hervey Bay, namun doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Menurut Shaylan Gallagher, sebelum ini juga dia pernah beberapa kali melihat anak perempuannya itu sendirian di dalam bilik mandi tanpa pengawasan sementara bekas suaminya keluar menghisap rokok. Susulan daripada kecuaiannya itu, Daniel dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×