berita

Bapa Kiriman ‘Neraka’ Kurung, Rogol Anak Selama 24 Tahun Di Bilik Rahsia, Sampai Beranak 7 Kali!

March 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: The Guardian

Tugas hakiki seorang bapa perlu mendidik dan membesarkan anak-anaknya di samping menyediakan segala keperluan hariannya. Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis dikenali sebagai Elizabeth Fritz, yang menjadi mangsa kerakusan dan kekejamam bapanya sendiri. Bahkan, dia sempat melahirkan anak hasil benih bapanya sendiri.

Bahkan, kisah tersebut diterjemahkan semula menerusi filem Girl In The Basement yang memaparkan kekejaman si bapa durjana! Kalau korang nak tahu kisah penuh yang terjadi kepada Elizabeth Fritz, korang boleh layan filem ni.

Siapa Elizabeth Fritz?

Foto: IBCIG

Kisah mengenai Elizabeth Fritz, pernah menggemparkan dunia satu ketika dahulu, bukan itu sahaja media-media tempatan dan antarabangsa turut melaporkan kes yang menimpa gadis malang ini. Elizabeth Fritzl dilahirkan pada 6 April 1966, dan kini berusia 54 tahun. Kisahnya bermula apabila dia menjadi mangsa kerakusan bapanya sendiri yang dikenali sebagai Josef Frtizl sejak berusia 11 tahun.

Walau bagaimanapun, sebelum ini Elizabeth pernah cuba untuk melarikan diri dengan bersembunyi di rumah kawannya pada tahun 1993, bagi mengelakkan daripada terus menjadi mangsa kepada bapanya. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila pihak polis berjaya menjumpainya dan menghantar semula ke rumah ‘syurga’ ibu bapanya.

Kisah sedih ini bermula pada 28 Ogos 1984, apabila si bapa yang sedang berada di bilik bawah tanah memanggil anaknya (Elizabeth) untuk membantunya untuk mengangkat pintu. Namun, siapa sangka terdapat 1001 muslihat yang telah dirancangkan sebelum Elizabeth dipengsankan. Rupa-rupanya, Elizabeth telah dibiarkan berseorangan dan dikurung secara berterusan di dalam bilik bawah tanah yang telah diubah suai khas oleh Josef.

Apa sebenarnya yang terjadi?

Foto: Mirror UK (tempat di mana Elizabeth telah dikurung)

Misteri kehilangan Elizabeth pada mulanya menjadi misteri dan isteri kepada Josef iaitu Rosemaria, berasa bimbang akan kehilangan anaknya itu. Ibu bapa mana yang tidak risau, jika anak yang dijaga selama ini secara tiba-tiba menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Tidak berakhir di situ, satu laporan polis telah dibuat dan proses pencarian giat dilakukan bagi mengenal pasti keberadaan Elizabeth.

Namun, tiada siapa yang tahu melainkan bapanya sendiri yang Elizabeth sebenarnya telah dikurung secara bersendirian di bawah tanah rumah mereka. Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila Josef sempat menyerahkan sepucuk surat ‘kononnya’ surat tersebut telah ditulis oleh Elizabeth sendiri dan menyatakan dia ingin bebas dan memohon supaya semua pihak berhenti mencarinya. Teori itu dikuatkan lagi, apabila Josef menyatakan besar kemungkinan anaknya telah menyertai satu ajaran agama yang lain.

Hari-hari Elizabeth disifatkan sebagai hari-hari yang gelap apabila dia menjadi tempat Josef melepaskan nafsu binatangnya. Bukan itu sahaja, dia juga telah dirogol setiap hari tanpa ada sikap belas kasihan daripada bapanya sendiri. Namun, segala rahsia Josef tidak dapat dihidu oleh sesiapa pun kerana dia membawa watak seorang suami yang begitu bertanggungjawab dan komited dalam menjaga keluarganya yang tersayang.

Bersalin sebanyak 7 kali

Foto: Mirror UK (rumah di mana mereka sekeluarga menginap)

Tidak berakhir di situ, sepanjang 24 tahun berada di ruangan bawah tanah itu, dia turut mengalami keguguran dan telah bersalin sebanyak tujuh kali hasil hubungan kelamin bersama bapanya tanpa bantuan sesiapa pun termasuk doktor dan jururawat. Semua penderitaan ini dialami secara berseorangan, bayangkan betapa kejamnya Josef?
Daripada tujuh anak yang dilahirkan, hanya seorang sahaja yang meninggal dunia. Daripada enam anaknya itu, tiga dijaga olehnya di bilik kurungan itu, manakala selebihnya dijaga oleh Josef sendiri bersama isterinya


Foto: Alceteton

Namun, Rosemarie sama sekali tidak mengesyaki latar belakang kanak-kanak itu kerana Josef telah mendakwa bayi-bayi itu merupakan anak peninggalan Elizabeth yang ditinggalkan kepada mereka berdua. Bukan itu sahaja, surat turut diselitkan sekali sebagai bukti bagi menguatkan lagi teori di mana Elizabeth tidak mampu menanggung anaknya sendiri. Sebenarnya, ‘cucu-cucunya’ telah ditinggalakn sendiri olehnya di luar rumah.

Di ruangan yang serba sempit dan daif itu Elizabeth tabah membesarkan Kerstin, Stefan, dan Felix tanpa bantuan sesiapa pun. Lagi kejam, apabila dia dipaksa menonton video lucah sambil diperkosa oleh Josef di depan anak-anaknya yang lain. Tetapi pada 19 April 2008, anak sulungnya Kerstin telah jatuh sakit, dan Elizabeth ketika itu merayu kepada Josef untuk membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.  Josef ketika itu terpaksa akur dengan kehendak anaknya demi menyelamatkan Kerstin.

Kali ini, Josef turut menggunakan taktik yang lain di mana dia mendakwa terjumpa sekeping nota milik ibu Krestin. Namun, kakitangan hospital ketika itu curiga dengan nota tersebut sebelum melaporkan kepada pihak polis. Hasil siasatan, pihak polis mendapati banyak keterangan yang diberikan oleh Josef meragukan sehingga kes siasatan terhadap kehilangan Elizabeth dibuka semula.

Tidak berakhir di situ, takut dirinya akan ditangkap dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa, Josef telah bertindak membebaskan Elizabeth untuk dibawa ke hospital bagi berjumpa dengan Krestin. Lagi menyedihkan, apabila itu merupakan momen pertamanya keluar menjejaki tanah setelah 24 tahun hidup dalam kurungan dan diseksa secara fizikal dan mental.

Apa kesudahannya?

Foto: Mirror UK 

Kesudahannya berakhir, apabila Elizabeth telah ditahan oleh pihak polis selepas dia dibebaskan oleh Josef. Segala tipu muslihat yang dilakukan oleh bapa ‘durjana’ ini akhirnya terbongkar walapun pada mulanya mangsa (Elizabeth) hanya mendiamkan diri.

Namun atas desakan demi desakan, dia akhirnya telah menceritakan apa yang telah terjadi selama ini. Hasil perbicaraan, Josef didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Sepanjang berada di dalam penjara, dia hanya mendiamkan diri dan sama sekali tidak bergaul dengan banduan yang lain.

Dia hanya mendiamkan diri, dan sama sekali tidak mahu bergaul dengan banduan lain. Hanya menunggu masa untuk ‘dijemput’.

Berbicara soal Elizabeth pula, dia dan anak-anaknya telah ‘dijenamakan’ semula dan ditempatkan di satu kawasan penempatan rahsia baginya untuk memulakan kehidupan baru dan mengelakkan daripada persepi negatif masyarakat terhadap dirinya.

Dilakonkan semula dalam filem

https://www.youtube.com/watch?v=Ay8DxVyTgss

Kini, kisah tragedi yang menimpa Elizabeth Fritz telah diceritakan semula menerusi filem Girl In The Basement. Fuhh! memang kejam lah bapa dia ni.

Sumber: Mirror UK, JackLester TheGuardian

SKIP THIS AD ×