Seorang individu tampil bertanyakan pendapat ekoran keputusannya untuk kembali berumah tangga selepas pemergian isteri tercinta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Menyusul ‘Pergi’ Selepas Dua Minggu Isteri Meninggal Dunia Ketika Bersalin

Artikel Berkaitan: Suami Kahwin Kali Ketiga, Isteri Pertama & Kedua ‘Excited’ Buat Persiapan – ‘Masyarakat Perlu Banyak Contoh Keluarga Poligami Yang Harmoni’

Kahwin baru selepas isteri meninggal

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan memaklumkan bahawa tempoh pemergian isteri belum mencecah tiga bulan.

Menurutnya, dia akui keinginan untuk kembali berumah tangga semakin kuat, didorong rasa sunyi yang menghimpit sejak pemergian isterinya.

Normal ke isteri meninggal belum tiga bulan lagi, dah ada rasa nak kahwin.

Rasa tiada semangat betul, tiada teman sembang. Tiada yang boleh bantu urus tengokkan anak-anak.

Banyak yang doakan semoga kuat demi anak-anak tapi saya tak boleh.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati individu terbabit untuk keluar mencari kebahagian sendiri namun perlu utamakan perasaan anak-anak dalam menerima kehadiran orang baru.

Sumber: Threads @amizanabubakar