berita

Bapa Meninggal Dunia & Ibu Terlantar Sakit, Kanak-Kanak Ini Sanggup ‘Berkampung’ Di Tong Sampah Cari Rezeki

May 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Di kala orang lain yang seusia dengannya seronok bermain dan meluangkan masa dengan rakan sebaya, kanak-kanak lelaki ini pula terpaksa menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan membanting tulang mencari rezeki buat keluarga.

Kutip besi dan kotak

Kisah menyanyat hati ini dikongsikan menerusi satu video di TikTok oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Wahida. Menurut wanita ini, dia sering melihat kanak-kanak ini berkeliaran mengutip besi dan kotak terpakai di tong sampah berhampiran kawasan SMK Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan.

Difahamkan, kanak-kanak ini akan menjual kesemua barangan tersebut untuk memperoleh wang bagi menyara kehidupannya bersama ibu tersayang. Difahamkan, bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya kemungkinan terlantar sakit di rumah. Jelas Wahida lagi, pada hari tersebut, dia terdetik mahu mendekati anak kecil ini dan memberikan sedikit ‘buah tangan’ kepadanya.

Kadang dia duduk atas tong sampah tu silang kaki. Disini tempat dia cari rezeki. Di sini tempat dia cari rezeki. Kuatnya awak sayang. Moga sentiasa dalam lindunganNya.

‘Kamu kuat sayang’

@wahidx_Aku sebaya ni dulu mintak itu ini ngan ma abah?kamu kuat sayang. #fyp #allaboutyou #sad #indonesia? bunyi asal – Puan Montel

‘Sedih tengok wajah adik ni’

 

Perkongsian video ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib kanak-kanak ini. Malah, tidak kurang juga ada yang mencadangkan untuk membuat ‘tabung’ sumbangan  dan menyerahkan wang kutipan kepada kanak-kanak ini. Selain itu, mereka berharap agar kanak-kanak ini diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan hidup dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Wahidx

SKIP THIS AD ×