berita

Bapa Miliki Anak Wajah Korea Mahu Lapor Polis Netizen Tuduh Isteri Zina

March 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sebelum ini, tular sebuah video di laman TikTok, yang memaparkan raut wajah seorang bayi yang menyerupai orang Korea. Video tersebut dikongsi seorang bapa dikenali sebagai Azrul, dan meraih perhatian netizen yang rata-rata memuji kecomelan bayi tersebut.

Difahamkan, sewaktu isterinya sedang hamil dia kerap menonton rancangan realiti terkenal Running Man sebelum tidur. Susulan daripada itu, anaknya yang dilahirkan ‘terkenan’ dengan wajah orang Korea. Memang comel lah, Oppa!

Tindakan akan diambil

Foto: Tangkap layar video

Walau bagaimanapun, video yang dikongsi itu kurang ‘disenangi’ oleh sesetengah individu bahkan, komen-komen negatif turut dilemparkan kepada keluarganya. Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa anak yang dilahirkan oleh isterinya merupakan hasil hubungan dengan lelaki lain.

Menerusi video baru yang dimuat naik, lelaki ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang ‘membuta tuli’ memberikan komen tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tidak berakhir di situ, perkara tersebut secara tidak langsung mengguris perasaan keluarganya apabila berdepan dengan tohmahan berikut.

Komen seperti orang yang tak ada otak dan tak ada agama. Apa yang diorang cuba nak sampaikan kat sini sepertinya isteri saya berzina dengan orang lain.

Perkara sebegini sangat melukakan hati saya sebab itu darah daging saya. Zuriat saya, anak saya dikeluarkan kenyataan tak masuk akal begini.

Pada masa yang sama, lelaki ini turut menggesa kepada mana-mana individu yang telah memberikan komen secara negatif untuk memadamnya dalam masa yang terdekat. Dia juga tidak teragak-agak untuk menyaman mana-mana individu yang enggan memadam komen tersebut.

5 hari sahaja jika tidak saya akan buat laporan polis kerana bukti sudah ada dan saya tak akan teragak-agak nak menyaman kerana ini telah membuatkan saya marah dan keluarga saya dipandang hina.

Kecaman netizen

@bapaknsuami0rangCer tag skit geng2 ni..Nak juga berkenalan.Just nak bgtahu Last change..? original sound – ??UMI ? YATUN?? – ??UMIYATUN??

@bapaknsuami0rangTolong panjang video ni sahabat2 sekalian.Tempoh 5hari sahaja jika tidak..Faham2 lah sendiri..##diam2UbiBerisi? original sound – Bapak&SuamiOrang

@bapaknsuami0rangTerima kasih ??? original sound – Bapak&SuamiOrang

Video comel anak

@bapaknsuami0rang? BIGBANG Bang Bang Bang edit – G-DRAGON

Semoga dipermudahkan

Sumber: Bapa&SuamiOrang

SKIP THIS AD ×