berita

Bapa Qi Razali Meninggal Dunia

September 27th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Bapa kepada pengacara dan pelakon, Qi Razali iaitu Muhammad Razali Abdullah meninggal dunia malam tadi.

Bapa Qi Razali meninggal dunia

Berita duka itu telah disampaikan oleh Qi Razali sendiri menerusi hantaran di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Qi Razali meminta orang ramai mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Ayah saya baru pulang ke rahmatullah malam tadi. Saya nak minta semua yang mengenali saya dan keluarga untuk sedekahkan al-Fatihah dan doakan yang baik-baik untuk arwah ayah saya, Muhammad Razali Abdullah.

Ujar Qi Razali lagi, dia berharap agar orang ramai mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan sekaligus menghalalkan segala hutang arwah.

Jika dia pernah tersalah kata harap ampunkan, jika ada hutang yang belum langsai harap halalkan. Semoga tenang papa di sana

Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut meninggalkan komen mengucapkan takziah buat Qi atau nama sebenarnya Qushairi Muhammad Razali.

Sumber: qirazali0808

SKIP THIS AD ×