Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa melakukan perbuatan keji dengan memperkosa tiga anak kandungnya sendiri, dalam kejadian di Simalungun, Indonesia.

Tiga anak kandung jadi mangsa

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Tribuneews, perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas anak bongsu suspek, Anggrek yang berusia 13 tahun menceritakan kejadian itu kepada dua kakaknya.

Rupa-rupanya kedua-dua gadis itu mendedahkan mereka juga pernah menjadi mangsa serangan seksual oleh si bapa ketika di bangku sekolah, pada suatu ketika dahulu. Difahamkan, kedua-dua kakak mangsa kini sudah bekerja.

Susulan mendengar kejadian menimpa adik perempuannya, mereka berdua memberitahu datuk sebelum satu laporan polis dibuat.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek melakukan perbuatan jijik itu kepada anak bongsunya sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2023 dan 2025.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBO) Polis Daerah Simalungun, Inspektor Dua (IPDA) Bilson Hutauruk, ketika mangsa tertidur dek keletihan, suspek bertindak mengunci pintu bilik dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa sempat melawan dengan cara menendang kaki sambil menjerit ‘Jangan Pak..Jangan Pak’, namun kerana lokasi warung jauh dari perkampungan, suspek tidak menghiraukan dan tetap melakukan perbuatan kejinya.

Suspek kini ditahan polis untuk siasatan selanjutnya.

Sumber: Tribunnews