Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa merogol anak kandungnya yang bisu sehingga mangsa kini disahkan hamil lapan bulan.
Hamil lapan bulan
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan MetroTVNews, susulan daripada pembongkaran perbuatan jijik tersebut, seramai 100 orang penduduk kampung telah menyerang rumah suspek di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Mereka bertindak membuka atap dan kayu rumah sebelum membakarnya kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.
Difahamkan, sebelum ini, mangsa yang berstatus kelainan upaya itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan pihak berkuasa juga telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti keberadaan suspek.
Sementara jurucakap polis iaitu Kapolsek Biringbulu, Iptu Jajji Karim berkata, pihaknya berjaya menjejaki suspek dan menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.
Sumber: MetroTVNews