berita

Bapa Rogol Anak Tiri Hingga Hamil, Mak & Nenek Mangsa Enggan Buat Laporan Polis – ‘Dia Pencari Nafkah’

February 11th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang askar berpangkat sarjan mejar kelas pertama di Thailand ditahan selepas didakwa merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun hingga hamil.

Artikel Berkaitan: Bapa Rogol Anak Kandung Sarat Hamil

Murung dan tidak ceria

remaja dirogol

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, mangsa merupakan seorang pelajar yang mempunyai masalah dalam kelewatan perkembangan ‘development delay’ dan guru akan sering memberi perhatian kepadanya.

Menurut seorang guru di sekolah, mangsa kelihatan murung dan tidak ceria seperti selalu.

Mangsa menceritakan kepada guru tersebut bahawa bapa tirinya yang berusia 32 tahun telah melakukan serangan seksual kepadanya.

Mangsa menjelaskan, kejadian itu berlaku kira-kira empat hingga lima bulan lalu ketika dia sedang sakit dan berada di rumah sendirian bersama bapa tirinya.

Suspek yang berbaring di sebelahnya terus memeluknya, menanggalkan seluar pendeknya dan menyerangnya secara seksual.

Tambah mangsa, ketika itu dia baru sahaja makan ubat dan apabila tersedar dia berasa sakit pada bahagian sulitnya dan melihat air mani di dalam farajnya.

Guru tersebut menemani mangsa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan membuat aduan polis dengan bukti.

Berdasarkan pemeriksaan tersebut, doktor mengesahkan bahawa mangsa telah hamil lima bulan.

Walau bagaimanapun, ibu dan nenek mangsa tidak mahu membuat aduan kepada polis kerana suspek merupakan pencari nafkah keluarga.

Namun, pegawai polis dan Pejabat Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Wilayah Udon Thani menegaskan bahawa kes serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur tidak boleh dikompromi.

Pegawai kemudian mengumpul bukti mengenai kes itu dan mengeluarkan waran untuk menangkap askar itu.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×