berita

Bapa Syok Pergi ‘Bercuti’, Anak 10 Tahun Ditemui Mati Di Rumah

August 23rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati di rumah keluarganya di Selatan London.

Sara ditemui mati di rumah

Sara Sharif

Memetik laporan News Sky, pihak polis menemui mayat mangsa iaitu Sara Sharif di rumahnya selepas bapanya, Urfan Sharif membuat panggilan kecemasan dari Pakistan.

Menurut sumber, Urfan bersama pasangannya, Beinash Batool, adik lelaki iaitu Faisal Malik dan lima adik beradik Sara yang berusia satu hingga 13 tahun telah ke menaiki pesawat ke Pakistan sehari sebelum Sara ditemui mati.

Mereka telah menempah tiket penerbangan pada 9 Ogos manakala mayat Sara ditemui keesokan harinya iaitu pada 10 Ogos.

Suspek ditahan untuk disoal siasat

Urfan Sharif, Beinash Batool dan Faisal Malik

Hasil bedah siasat tidak menentukan punca kematian tetapi keputusan menunjukkan Sara mengalami kecederaan pelbagai, yang berkemungkinan berpunca dalam tempoh masa yang lama.

Tidak dinafikan, situasi tersebut telah menimbulkan kecurigaan pihak berkuasa. Susulan daripada itu, ketiga-tiga suspek dikehendaki untuk disoal siasat.

Sementara itu, seorang lagi bapa saudara Sara iaitu Imran Sharif yang dipercayai terlibat dengan kematian tersebut telah ditahan di Pakistan. Namun, suspek mendakwa bahawa mangsa terjatuh dari tangga sehingga mengakibatkan lehernya patah. Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sekadar info, Ibu Sara iaitu Olga Sharif berpisah dengan suaminya pada 2017 dan dia memberitahu akhbar The Sun, hanya melihat Sara dua kali sepanjang tempoh itu.

Sumber: Daily Mail, News Sky, 9news

SKIP THIS AD ×