berita

Bapa Terkejut Jumpa Mayat Anak Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 4 Flat

March 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan maut selepas didakwa terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Puncak Alam, Selangor semalam.

Kanak-kanak meninggal dunia

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, mayat mangsa dijumpai oleh bapanya sendiri dan ujar Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 9 pagi semalam.

Bapa mangsa yang berusia 30-an memaklumkan melihat cahaya lampu dari bilik anaknya itu kira-kira pukul 2 pagi ketika ke tandas namun tidak membuat pemeriksaan lanjut kerana menyangka kanak-kanak itu sedang tidur.

Keesokan pagi bapa mangsa turun ke tingkat bawah bangunan flat terbabit untuk membeli sarapan kira-kira pukul 8 pagi sebelum menemui susuk tubuh terbaring di lokasi kejadian.

Dipercayai terjatuh

Sekadar gambar hiasan

Ujar Shafa’aton lagi, bapa mangsa terkejut berikutan terjumpa mayat mangsa yang merupakan anaknya yang didakwa terjatuh dari kediaman mereka.

Pasukan perubatan mengesahkan mangsa mati di lokasi kejadian dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Unit Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan dia (mangsa) sama sekali tidak menunjukkan perubahan serta tidak mempunyai masalah dalam keluarga. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×