berita

Bapa Terpaksa Tebalkan Muka Pinjam Duit RM30 Nak Beli Buku Sekolah Anak

January 22nd, 2020 | by Shira
Kini Trending

Setiap insan mempunyai laluan kehidupan berbeza-beza yang telah diaturkan oleh Allah swt dan tidak semua manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini diberikan kesenangan hidup. Ada juga dalam kalangan mereka yang diuji dengan menanggung keperitan hidup.

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter, Akhi Fairuz menceritakan pengalamannya apabila berdepan dengan seorang bapa yang sedang kesempitan wang untuk membeli buku sekolah anaknya. Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya turut sebak mengenangkan nasib keluarga tersebut.

Mengalami masalah kewangan

Tak mampu bayar duit buku anak

Menceritakan kisah itu, saudara Fairuz memberitahu bahawa individu itu menebalkan muka dengan mengadu mengenai masalah kewangan yang dihadapinya dan dia tidak berkemampuan untuk membeli buku sekolah anaknya walaupun ianya hanya berharga RM30.

Mengalir air mata, tak tahan sebak

Bersimpati melihat keadaan dua beranak itu, dia kemudian telah menghulurkan wang sebanyak RM50 untuk meringankan beban mereka. Tidak dapat menahan sebak, individu itu terus mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima bantuan daripada saudara Fairuz. Tambah Fairuz lagi, dia sangat faham situasi yang dialami individu ini memandangkan dia juga pernah merasai hidup susah pada suatu ketika dahulu.

Bagi nombor pegawai JKM

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi