berita

Bapa Terpaksa Usung Jenazah Anak Cari Tanah Untuk Dikebumi Selepas Dihalang Orang Kampung

January 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di Facebook mengenai satu perkongsian seorang lelaki, Abam Botak yang menceritakan pengalamannya apabila berdepan dengan satu situasi dimana sesi pengurusan jenazah seorang bayi dikatakan mengalami masalah. Jenazah bayi berkenaan didakwa dihalang daripada dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan rumah mereka kerana tidak mempunyai dokumen dan wang yang mencukupi.

Tidak ada dokumen dan wang

Bapa saya berbangsa Kadazan murut muslim, ibu saya pula berbangsa Sungai. Dalam darah saya mengalir darah anak jati Sabah. Saya cintakan keamanan negara saya, saya cintakan nilai persaudaraan, saya cintakan nilai keadilan, saya cintakan seluruh manusia dan juga makhluk tuhan. Sebab itu, saya akan cepat terkesan bilamana terdapat perkara yang tidak patut berlaku di depan mata saya.

Sebenarnya pagi tadi terdapat 1 jenazah bayi yang baru lahir telah meninggal dunia. Puas bapanya mencari tanah dan imam untuk kubur dan uruskan jenazah anaknya. Namun oleh kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi. Bayi tersebut dinafikan untuk ditanam di tanah perkuburan dalam kawasan kampung yang mereka duduki sekarang. Bahkan untuk urus jenazah bayi tersebut pun tidak dapat dibuat dikampung yang mereka duduki sekarang.

Alhamdulillah, semuanya selesai

Saya tidak akan sebut nama kampung tersebut! Hati saya sangat hancur dan remuk ketika itu. Tapi kita fikirlah sendiri, mereka itu beragama Islam, saudara seislam kita. Berapa sangatlah ruangan tanah yang akan di gunakan untuk jenazah bayi yang baru lahir sehingga kita tergamak tidak mengurus jenazah bayi tersebut. Ingatlah saudaraku. Allah tidak tanya, apa negaramu nanti, dan apa negaranya nanti.

Tapi Allah akan tanya kita, apakah kita sudah jalankan tanggungjawab kita sebagai muslim. Istighfar lah, bermuhasabahlah! Bolehkah kita ketepikan soal kewarganegaraan simati dalam bab kematian. Sebab si mati tidak boleh pun berbuat apa-apa dan tubuh badannya akan terus mereput dan membusuk jika kita tidak ingin menguruskannya!

Namun Alhamdulillah, akhirnya bayi tersebut dapat di tanam juga di (TPI) Sim-sim, Sandakan. Terima kasih kepada penjaga (TPI) kerana mengizinkan jenazah bayi ini di tanam di sana. Ini bukti dalam hati kamu masih ada nilai kemanusiaan. Saya pulangkan pada rakan-rakan untuk menilainya. Izinkan saya berbeza pendapat.

Sumber: Abam Botak

SKIP THIS AD ×