berita

Bapa Tidak Sedarkan Diri, Achey Rayu Doa Peminat

March 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Achey menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa bimbang mengenai kesihatan bapanya iaitu Hamzah Salam yang dikatakan tidak sedarkan diri sejak pagi lagi di rumah kediamanan keluarganya di Segamat Johor.

Dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan

Menurutnya lagi, bapanya yang berusia 85 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Dia juga dimaklumkan bapanya menerima bantuan pernafasan dan keadaan memang kurang baik akibat kemalangan lima tahun lalu. Sejak itu lah bapanya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Trauma kerana pernah mendapat berita kehilangan

Walau bagaimanpun, Achey ketika ini sedang menjalani latihan program di Putrajaya dan mengakui yang dia agak trauma kerana pernah mendapat berita kehilangan bapa mentua semasa menyertai program yang sama tahun lalu.

Achey hanya mampu minta mendoakan agar bapanya cepat sedar dan kembali pulih seperti biasa.

Sumber : Achey

SKIP THIS AD ×