berita

Bapa Tikam Anak 18 Bulan Positif Dadah, Alami Tekanan Perasaan Selepas Bercerai

December 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, media melaporkan tindakan kejam seorang bapa yang sanggup menikam anak perempuannya sendiri yang berusia 18 bulan. Lagi menyedihkan apabila keadaan perut mangsa terburai akibat tikaman tersebut. Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Puchong Permai, dua hari yang lepas.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa ‘Gila’ Mengamuk Secara Tiba-Tiba, Bayi 18 Bulan Parah Ditikam, Usus Terburai!

Terbaru, menerusi laporan Harian Metrosuspek dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas berpisah dengan isterinya.

Mengalami tekanan perasaan

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, suspek berusia 27 tahun, bertindak sedemikian akibat telah bercerai dengan isterinya. Susulan daripada penceraian itu, dia dipercayai mengalami tekanan perasaan.

Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek mendapati dia positif dadah methamphetamine.  Suspek kini direman selama lima hari bermula hari ini hingga 17 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Manakala, mangsa kini berada dalam keadaan yang stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kementerian sedia membantu

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada insiden tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersiap sedia memberi perlindungan kepada bayi perempuan itu. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berasa kesal dengan apa yang terjadi dan perkara seumpama itu tidak sepatutnya terjadi.

Institusi keluarga perlu memainkan peranan penting sekiranya melihat dan mengetahui ada dalam kalangan ahli keluarga yang mempunyai perubahan emosi supaya segera merujuk dan mendapatkan bimbingan kaunseling.

Terdahulu, bayi perempuan berusia 18 bulan ditikam oleh bapanya di sebuah rumah. Susulan daripada insiden tersebut, lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×