Foto: Daily Star
Seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan polis selepas didakwa memukul seorang kanak-kanak berusia lima tahun hingga meninggal dunia. Lebih kejam apabila suspek dan isterinya berpakat pergi berkelah semata-mata mahu menanam mayat mangsa di kawasan hutan.
Pukul anak tiri sampai mati
Foto: Daily Star
Memetik laporan Daily Star, suspek lelaki yang dikenali dengan nama Sergei Bugorkov tergamak memukul anak tirinya, Vova Pashchenko yang berusia lima tahun dengan kejam sehingga mangsa meninggal dunia. Menurut sumber, insiden tersebut dipercayai berpunca selepas berlakunya pergaduhan antara Sergei dan Vova pada 8 Jun lalu.
Sergei yang berang telah bertindak agresif dengan menumbuk dan menendang mangsa berulang kali di kepala dan badannya. Pada keesokan paginya iaitu 9 Jun, Sergei mendapati kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa. Sergei dan isterinya, Alena yang panik kemudian berpakat untuk memalsukan kehilangan Vova.
Sorok mayat dalam beg, tanam di hutan
Sekadar gambar hiasan
Tidak terhenti di situ, pada 10 Jun, mereka berdua berpura-pura pergi berkelah dengan tujuan menanam mayat mangsa di kawasan hutan di tebing sungai Kuban, Rusia. Alena iaitu ibu kandung Vova membantu suaminya memalsukan kehilangan dengan mengatakan kanak-kanak itu hilang selepas melarikan diri dari kawasan perkelahan pada awal Jun lalu.
Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman pasangan ini membongkarkan segalanya. Seorang pendakwa raya memaklumkan bahawa Sergei didapati bersalah kerana membunuh Vovo. Rakaman CCTV menunjukkan Sergei telah meninggalkan blok pangsapuri rumahnya sambil membawa mayat Vova yang disorok di dalam beg pakaian. Susulan daripada bukti yang diperolehi, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini sama ada pasangan ini terlibat ataupun tidak dalam pembunuhan kejam itu.
Sumber: Daily Star