berita

‘Barang Order vs Barang Sampai’ – Bila Bell Ngasri Nak Jadi Ben Amir, Sampai Keliru Netizen!

August 27th, 2019 | by Arini Saleh
Lensa Insta


Sejak kebelakangan ini, nama pelakon kacak Ben Amir semakin melonjak naik selepas lakonannya dalam drama bersiri, Sweet Dreams dipuji ramai. Selain lakonan, penampilannya yang berambut panjang dan diikat kebelakang menyerlahkan lagi rupanya yang kacak.

Terbaru, pelawak Bell Ngasri mencuit hati netizen apabila cuba meniru gaya rambut Ben Amir. Memang pecah habis!

Tak banyak beza pun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell (@bellngasri) on

Tak ada banyak beza pon. Kalau ada beza pun tang kulit dengan bibir je #parodimeletop

Menerusi Instagram, Bell Ngasri memuat naik gambar collage disamping Bell Amir dengan gaya rambut yang sama. Dakwanya, dia dan Ben Amir tiada beza melainkan warna kulit dan bibir.

Terhibur!

Seperti yang umum sedia maklum, Bell Ngasri merupakan seorang pelakon dan pelawak berbakat yang sering menghiburkan para peminatnya. Bagi sahajalah watak apa, mesti Bell dapat membawanya dengan baik. Kali ini, Bell mengejutkan peminat dengan perbandingan wajak dengan hero Sweet Dreams pula.

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perbandingan yang dibuat. Gambar perbandingan tersebut setakat ini mendapat lebih 26k likes dan hampir 2k komen. Adui kelakar! Yang mana lagi kacak?

Macam orang pantang

Barang order vs barang sampai

Sumber : Bell Ngasri

SKIP THIS AD ×