Hasrat seorang wanita ingin menghantar barang kepada teman lelakinya di sebuah pusat latihan bertukar duka apabila barang tersebut tidak dapat dihantar kerana teman lelakinya itu dikatakan terpaksa ditidurkan gara-gara Covid-19. Namun sebenarnya itu semua hanyalah sekadar alasan semata-mata untuk memutuskan hubungan antara mereka berdua. Kejam!
Dapat tahu teman lelaki positif Covid-19
Menerusi video yang dimuat naik oleh Puteri di TikTok, gadis ini berkongsi kisah yang tidak akan pernah dilupakan olehnya apabila ditipu oleh orang tersayang.
Akhir tahun 2021 pos barang dekat pusat latihan si dia tapi parcel kena reject. Pada 31 Disember 2021 tiba-tiba abang dia mesej kata dia positif Covid-19 dan ditidurkan.
Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa sedih kepada rakan karib kerana teman lelakinya itu sudah ditidurkan selama sebulan. Meskipun perit untuk ditelan, namun gadis ini tidak henti untuk berdoa serta mengharapkan teman lelakinya itu sedar dan sihat seperti biasa.
Tak berhenti menangis dari siang hingga malam. Mental breakdown semasa nak habiskan thesis untuk final year project.
Walau bagaimanapun, tiba-tiba dia mendapat khabar bahawa barang yang dihantar kepada teman lelakinya itu telah selamat sampai. Namun, dia berasa pelik siapakah yang mengambil barang tersebut sedangkan lelaki terbabit tidak ada dalam pusat latihan berkenaan kerana sudah ditidurkan.
Alangkah hancurnya hati gadis berkenaan apabila teman lelakinya itu membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka kerana ingin berkahwin dengan bekas tunangnya pada akhir tahun ini.
Salam, saya minta maaf. Setakat ini je perkenalan kita. Terima kasih sebab bagi barang. Saya pun nak inform saya akan kahwin akhir tahun ini. Maaf Puteri
Saya tak berniat pun. Hati saya masih kuat untuk bekas tunang saya sebab tu saya tak ada couple langsung lepas putus. Harap awak delete semua pasal saya. Maaf saya kena block nombor awak.
Tak perlu reka cerita
Ujarnya lagi, dia meluahkan rasa susah untuk menerima kenyataan bahawa bekas teman lelakinya itu memutuskan hubungan mereka. Bukan itu sahaja, individu terbabit merupakan lelaki yang pertama yang membuatnya terbuka pintu hati selepas mempunyai hubungan terakhir pada 2 tahun yang lepas.
Rasa macam ikhlas je terima dia but tak sangka ending macam tu. Sampai sekarang tak tahu yang cerita positif Covid-19 tu abang dia yang reka cerita atau dia yang suruh abang dia cakap.
Dia terpaksa terima barang tu. Dia cuba untuk call saya guna telefon awam tapi saya off phone masa itu. Tu yang abang dia mesej.
Tambahnya, dia tidak kisah sekiranya bekas teman lelakinya ingin berhubung semula dengan bekas tunangnya itu, namun sekurang-kurangnya dia perlu berterus terang dengan hal yang sebenar dan tidak perlu reka cerita dengan perkara yang menyakitkan.
Sanggup tunggu 6 bulan habis latihan
@princessturkk the update that you’ve all been waiting for. like i said, never take covid as a joke, but apparently you did. no one deserves to be treated the way i got treated & i pray NO ONE will go through what i went through. wasted too many tears bcs of this while struggling to finish my thesis. now he blocked my number without any explanation of why he treated me like that, why he made up stories about being positive covid, & even deleted all the conversation. semoga naik #fyp ? original sound – princess ??
Sumber : princessturkk