
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan hukum melakukan prosedur pembedahan potong usus atau bariatrik dari sudut pandangan syariat Islam.
Hukum potong usus
Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, Ustaz Azhar memaklumkan bahawa hukum bagi prosedur tersebut terbahagi kepada dua iaitu halal dan haram bergantung kepada tujuan ia dilakukan.
Melakukan pembedahan, potong usus ada dua hukum, pertama halal dan kedua haram.
Halal apabila kita melalukan prosedur itu kerana penyakit.
Haram kalau niat mahu cantik.
Ustaz Azhar turut menyamakan hukum ini dengan rawatan pembedahan plastik, implan dalam badan dan sebagainya.
Menurut beliau, sekiranya rawatan itu dilakukan untuk merawat penyakit hukumnya adalah harus namun jika tujuan kecantikan, ianya haram.
Termasuk rawatan pembedahan plastik, potong usus, implant dalam badan dan sebagainya.
Kerana rawatan penyakit, harus dan kerana kosmetik adalah haram.
Kalau ada sakit, rawatlah. Tapi jangan merawat dengan cara yang haram.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

