berita

Baru 10 Hari Kahwin, Pengantin Maut Jatuh Dari ‘Buggy’ Golf Ketika Berbulan Madu

June 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita yang baru berkahwin 10 hari lepas dilaporkan maut selepas terjatuh dari kenderaan ‘buggy’ yang digunakan pemain golf semasa percutian bulan madunya.

Maut terjatuh dari ‘buggy’

Memetik laporan News.com.au, mangsa dan suaminya sepatutnya mendirikan rumah tangga pada tahun lalu namun disebabkan pandemik Covid-19, pasangan ini terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka. Namun siapa sangka, baru 10 hari bergelar isteri, Maria Morgan menemui ajal selepas terjatuh dari ‘buggy’ ketika bersiar-siar di sekitar pusat peranginan di Pulau Hamilton. Lebih meruntun hati apabila insiden tersebut berlaku semasa pasangan ini sedang berbulan madu.

Menurut laporan, ‘buggy’ yang dinaiki pasangan ini dikatakan kehabisan bateri. Oleh itu, pemandu ‘buggy’ tersebut bercadang mahu mengecas bateri kenderaan itu namun kenderaan tersebut terbalik ketika dia cuba membuat pusingan-u. Mangsa yang tidak memakai tali pinggang keledar telah tercampak keluar. Maria yang mengalami kecederaan di kepala dan serangan jantung dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian meskipun diberi bantuan pernafasan oleh pasukan paramedik.

Wakil Polis Queensland, Inspekator Anthony Cowan menyifatkan kematian itu sebagai kemalangan jalan raya dan tiada tanda-tanda pemanduan berbahaya atau memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber: News.com.au, Newsweek

SKIP THIS AD ×