berita

Baru 15 Hari Nikah Dah Hamil, Wanita Terkilan Mulut ‘Jahat’ Individu – ‘Dah Sarat Baru Nak Honeymoon’

November 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga merupakan satu anugerah yang sangat terindah buat setiap pasangan suami isteri. Baru-baru ini, seorang ibu muda telah membuka mulut menjawab ‘persoalan’ netizen mengenai kehamilannya.

Hamil lepas 15 hari kahwin

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pasangan merpati dua sejoli ini menerima berita gembira apabila si isteri disahkan hamil cahaya mata sulung mereka. Meskipun baru 15 hari bernikah, wanita ini dan suami bersyukur kerana diberikan rezeki awal untuk menimang cahaya mata.

Walau bagaimanapun, wanita ini mendedahkan ada seorang kenalannya seakan mempertikaikan mengenai kehamilannya. Individu terbabit mendakwa kemungkinan kasih sayang dalam rumah tangga pasangan ini akan berkurang disebabkan mereka tidak mempunyai banyak masa bersama selepas menimang cahaya mata. Dakwanya lagi, pasangan ini juga tidak sempat bermanja dan melayari fasa di awal perkahwinan seperti yang dilalui oleh pasangan yang baru berkahwin.

Aku bersyukur sangat dapat rezeki awal. Orang lain bertahun-tahun masih menanti zuriat. Kita siapa nak lawan takdir Allah SWT.

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen tidak henti memberikan kata-kata semangat buat ibu hamil ini. Malah mereka yakin dengan kehadiran cahaya mata, sesebuah keluarga itu akan lebih bahagia dan harmoni. Difahamkan, usia kandungan wanita ini kini hampir mencecah 8-9 bulan.

‘Kita siapa nak lawan takdir Tuhan?’

@ceobeauty3 Kta siapa nak lawan takdir tuhan kan ? ? brapa ramai yang dah kawin tapi still tak dapat anak lagi smpai skrg . #fyp #fyp? ? PENANTIAN ARMADA – sadvibes?

@ceobeauty3 Reply to @suemikhail1 saya 35week dah sarat dahh baru nk honeymoon . ? pkp punya pasal . Honeymoon baby dah ada dalam perut . #fyp #fyp? ? suara asli – Budika Sanger

Sumber: Ceobeauty3

SKIP THIS AD ×