berita

Baru 2 Bulan Nikah, Isteri Sedih Suami Maut Bertembung Lori Kontena – ‘Saya Call Awak Tapi Polis Yang Angkat’

March 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Peritnya bila diuji dengan perasaan kehilangan, sama ada bagi suami mahu pun isteri meninggal dunia terlebih dahulu. Tak dapat digambarkan betapa peritnya perasaan seorang wanita, Mimi Atba apabila suaminya dijemput Ilahi selepas dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Kereta bertembung lori kontena

Memetik laporan media tempatan sebelum ini, suami Mimi Atba iaitu Hafizul Ashraf Sairan disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 41.5 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Pulau Indah. Menurut sumber, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu mangsa telah bertembung dengan sebuah lori kontena. Mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan pihak bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Facebook, Mimi Atba meluahkan rasa sedih dengan pemergian suami tercinta, Hafizul Ashraf Sairan. Lebih meruntun hati apabila mengetahui pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan sekitar dua bulan lalu.

‘Saya call tapi polis yang angkat’

Bercerita kembali momen sedih itu, Mimi memaklumkan dia berasa tidak sedap hati memandangkan suaminya belum tiba ke rumah seperti waktu kebiasaannya. Jelasnya lagi, dia hanya mengetahui mengenai insiden tersebut selepas panggilan telefonnya dijawab oleh anggota polis yang berada di lokasi kejadian.

Awak dah siap awal nak pergi kerja, saya dah pelik. Selalunya dalam pukul 2 awak dah sampai rumah tapi semalam (26 Februari) pukul 3 awak tak sampai rumah lagi. Saya jadi tak senang duduk, saya call awak tapi polis yang angkat. Awak dah pergi tinggalkan saya buat selama-lamanya.

Bukan itu sahaja, wanita ini mula rasa serba salah sekiranya dia belum cukup membahagiakan suami tercinta sepanjang dua bulan mereka bergelar suami isteri. Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat wanita ini selain berharap agar Mimi diberi ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi dugaan ini.

Sumber: Mimi Atba

SKIP THIS AD ×