berita

Baru 2 Bulan Tamat Latihan, Doktor Bius Disyaki Rogol Wanita Hamil Ketika Jalani Pembedahan

July 13th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang bertugas sebagai doktor bius telah ditahan polis selepas disyaki merogol seorang wanita hamil ketika menjalani pembedahan caesarean di sebuah hospital di Brazil.

Doktor rogol wanita hamil

Menerusi laporan Daily Mail, suspek yang berusia 32 tahun itu dipercayai baru dua bulan menamatkan latihan perubatannya dalam bidang anesthesia. Dia kemudian dipertanggungjawabkan untuk memberikan bius terhadap seorang wanita hamil yang akan menjalani pembedahan di hospital berkenaan. Kakitangan hospital mendakwa mereka mencurigai tingkah laku doktor terbabit mengenai jumlah dos yang diberikan kepada ibu hamil.

Disebabkan itu, mereka nekad memasang kamera secara rahsia di blik bedah untuk melihat apa yang cuba dilakukannya. Namun alangkah terkejutnya mereka apabila melihat tindakan doktor bius itu yang menyerang mangsa secara seksual ketika doktor lain melakukan pembedahan caesarean terhadap mangsa yang kurang dari satu meter di belakang tirai pembedahan.

Menurut sumber, suspek telah bertindak memasukkan zakarnya ke dalam mulut wanita berkenaan dan serangan itu dipercayai berlaku selama hampir sepuluh minit. Presiden Cremerj Clovis Bersot Munhoz mengklasifikasikan serangan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak boleh diterima akal. Susulan daripada itu, suspek telah ditahan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Daily Mail, The Sun

SKIP THIS AD ×