berita

Baru 24 Jam Bergelar Isteri, Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Sehari Selepas Nikah

October 26th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan agar dapat hidup dan menghabiskan masa bersama sehingga ke hari tua. Namun berbeza dengan nasib seorang lelaki ini apabila isteri tersayang dijemput Ilahi sehari selepas sah bergelar suami isteri.

Meninggal dunia sehari lepas nikah

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Amaleng Husni yang memaklumkan sepupunya, Siti Saraf disahkan meninggal dunia sehari selepas hari pernikahannya bersama suami, Amirul Akmal Aziz. Menurut sumber, pasangan ini telah selamat diijab kabulkan pada 23 Oktober yang lalu dan pada keesokan harinya, Siti Saraf telah pergi buat selama-lamanya.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo, Siti Saraf disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada 24 Oktober akibat pendarahan otak sebelah kanan. Lebih menyayat hati apabila mengenangkan kembali kata-kata terakhir arwah buat suaminya ‘Abang, kita sudah kahwin, abang perlu sentiasa menjaga ahli keluarga kita.’

‘Siti Saraf tiba-tiba sesak nafas’

Menceritakan kembali kisah itu, Amirul Akmal memaklumkan sebelum kejadian, si isteri telah mengejutkannya dari tidur sekitar jam 3 pagi dan mengadu bahwa dia mengalami sakit kepala.

Saya kemudian terus berada di sisi menjaganya sehingga ke pagi. Sepanjang tempoh itu, saya lihat Siti Saraf berada dalam keada­an baik dan masih tidur. Selepas itu, saya dan keluarga dikejutkan dengan keadaan Siti Saraf yang tiba-tiba sesak nafas.

Berikutan daripada itu, Amirul Akmal segera menghubungi ambulans memandangkan keadaan isterinya yang memerlukan bantuan oksisgen. Siti Saraf kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia sekitar jam 12 tengah hari.

Terdahulu, kisah sedih pasangan ini viral di media sosial dan rata-rata netizen menitipkan doa kepada arwah dan kata-kata semangat kepada Amirul Akmal.

Video


Sumber: Amaleng Husni, Akmal Aziz, Kosmo

SKIP THIS AD ×