berita

Baru 3 Hari Kahwin, Isteri Lari Dari Rumah Lepas Tahu Gaji Suami RM1.1k Je!

October 26th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru mendirikan rumah tangga selama tiga hari, seorang wanita nekad melarikan diri selepas mengetahui jumlah pendapatan bulanan suaminya.

Minta cerai sebab gaji suami sikit

Sekadar gambar hiasan

Wanita yang berasal dari China itu bertindak sedemikian kerana percaya gaji suaminya yang berjumlah RM1,100 tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka berdua.

Pada hari pertama perkahwinan, wanita itu juga dikatakan cuba mengelak dan enggan melakukan hubungan intim dengan suaminya. Sehinggalah pada hari ketiga, dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah keluarganya.

Pada awalnya, si suami menyangka isterinya itu hanya pergi untuk beberapa hari sahaja tetapi siapa sangka, wanita itu langsung tidak kembali ke rumah meskipun sudah dipujuk dan diberikan wang.

Penantian si suami selama hampir setahun hanya sia-sia. Pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

Sekadar info, perkahwinan pasangan adalah melalui rancangan keluarga dan selepas didesak oleh ibu bapanya, wanita berkenaan berkahwin dengan lelaki tersebut.

Sumber: Liputan6

SKIP THIS AD ×