berita

Baru 3 Hari Tayangan Dah Jadi Box Office, Suzzanna Bernapas Dalam Kubur Memang Wajib Tonton!

December 26th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Luna Maya memerankan Suzzanna

Siapa sini kaki tengok filem bergenre seram ataupun cerita hantu? Bolehlah geng dengan admin. Masa kecik-kecik dulu, admin suka layan filem seram dari seberang, terutamanya filem lakonan almarhumah Suzzanna. Perghh..bila teringat muka dia, memang sampai tak tidur malam!

Antara filem yang admin still ingat sampai sekarang adalah filem Bernapas Dalam Kubur. Tambah-tambah scene bila Suzzanna dah jadi sundel bolong menyakat abang jual sate, memang win lah!

Eh, kalau korang nak tahu, filem ni dibuat remake iaitu Suzzanna Bernapas Dalam Kubur dan dah berjaya meraih lebih 700 ribu penonton dalam 3 hari penayangannya! Wow!

Luna Maya seakan dirasuk roh Suzzana..

Kalau tengok trailer, mula-mula memang ingat Suzzanna yang berlakon, rupa-rupanya Luna Maya! Bukan senang nak tiru pelakon asal yang memang legend macam Suzzanna ni, tapi Luna Maya memang berjaya bawak watak ni sampai ramai yang cakap dia sangat mirip dengan Suzzanna.

Mana taknya, dalam filem ni, Luna Maya rela disolek selama 3 jam oleh jurusolek dari Rusia, semata-mata untuk dapatkan sosok seperti Suzzanna. Korang tengok jelah kat bawah ni, memang sama!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Soraya Intercine Films (@sorayaintercinefilms) on

Korang yang pernah layan filem-filem Suzzanna mesti familiar dengan cara bercakap, mimik muka dan gaya ketawa beliau. Tengok mata dia pun dah seram. Meremang bulu roma!

Luna Maya pun mengaku, bukan senang nak tiru suara dan cara gelak Suzzanna yang unik dan tersendiri tu. Punyalah nak bagi sama sampai dia kena practice berulang-ulang kali untuk dapatkan hasil yang maksima. Last-last dia sendiri pun naik seram bila dengar.

Horror, misteri tetapi terselit komedi..

Tambah menarik, filem arahan Sunil Soraya ni bukan je bergenre seram semata tapi ada diselitkan unsur-unsur komedi jugak.

So, takdelah korang rasa stress sangat asyik scene takut dan terkejut je sampai sakit dada. Bila scene komedi tu, bolehlah chill kejap hilangkan rasa suspense tadi.

Senang cerita, kalau korang peminat tegar filem horror, filem lakonan Luna Maya, Herjunot Ali, T. Rifnu Wikana dan suami almarhumah Suzzanna sendiri iaitu Clift Sangra ni memang wajib ditonton. Memang lebih seram, jalan cerita yang menarik dan confirm buat korang tak boleh tidur malam!

Kalau tak, takkanlah baru tayang 3 hari dah jadi filem pecah panggung dan meraih kutipan 721,872 penonton di Indonesia kan!

Jom jumpa Suzzanna di pawagam berdekatan korang 27 Disember 2018 ni dan rasakan sendiri keseraman Suzzanna Bernapas Dalam Kubur!

SKIP THIS AD ×