berita

Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Bayi Bersiar-Siar, Netizen Minta Kongsi Tips

October 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Umum mengetahui, pakar bedah kelahiran Malaysia yang terkenal, Dr Amalina Che Bakri selamat melahirkan bayi perempuan pada minggu lalu di Hospital St Thomas, London.

Artikel Berkaitan: Anak Sulung Dr Amalina Dah Cukup Seminggu, Ramai Puji Pandai Pilih Nama Arabella Mia

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Dr Amalina memuat naik beberapa foto bersama puteri kesayangannya yang diberi nama Arabella Mia.

Baru 4 hari bersalin, bawa anak bersiar-siar

Dalam foto yang dimuat naik, memaparkan Dr Amalina bersiar-siar bersama bayi sulungnya yang diletakkan di dalam stroller. Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah tempoh bersalin Dr Amalina baru mencecah empat hari namun wanita itu kelihatan sihat dan bertenaga.

Bella selesa dalam kereta sorongnya yang dibaluti selimut dan topi beruang comelnya. Ini pertama kali dia bersiar-siar dengan mummy dan daddy pada usia empat hari.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata para wanita yang bergelar ibu akui kagum melihat keadaan Dr Amalina yang tampak cergas meskipun belum tamat tempoh berpantang. Tidak kurang juga ada di antara mereka berpendapat, Dr Amalina tampak sihat kemungkinan disebabkan dia sangat menjaga pemakanannya sebelum ini.

Sebagai rekod, Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

Respon netizen

Sumber: Dr Amalina Che Bakri

SKIP THIS AD ×