Sekadar gambar hiasan
Seorang bekas banduan yang baru lima hari dibebaskan dari penjara telah dijatuhi hukuman penjara sekali lagi selepas didapati bersalah kerana merogol seorang ibu dan anaknya. Ketika kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Bekas banduan rogol ibu dan anak
Foto: BBC
Memetik laporan BBC, suspek yang dikenali sebagai Joshua Carney dipercayai menceroboh masuk ke rumah mangsa di Cardiff, Wales dan mengugut kedua beranak itu menggunakan pisau. Difahamkan, suspek dan kedua-dua mangsa tidak mengenali antara satu sama lain. Suspek kemudian merogol wanita (mangsa pertama) dan anak perempuannya (mangsa kedua) yang berusia 14 tahun. Suspek kemudian memukul kepala wanita terbabit sebelum melakukan serangan seksual.
Sementara, kanak-kanak malang itu dikatakan sempat mengunci dirinya di dalam bilik dan menghubungi polis sebelum suspek memecah masuk. Selepas pintu terbuka, kanak-kanak itu melihat suspek dalam keadaan berbogel. Lebih kejam apabila suspek kemudian memaksa kedua-dua mangsa menyaksikan dia memperkosa mereka secara bergilir-gilir di dalam bilik tidur rumah terbabit. Susulan daripada itu, suspek telah ditahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Sumber: BBC