berita

Baru 6 Bulan Naik Pangkat, Jururawat Pesakit Mental Mati Gantung Diri Kerana Tertekan Kerja 12 Jam

November 21st, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita yang dikenali dengan nama Leona Goddard ditemui mati oleh ibunya, Corrine Goodridge di dalam bilik di rumah mereka. Mangsa didakwa telah menggantungkan diri di rumah tersebut akibat terlalu tertekan dengan pekerjaannya sebagai jururawat kesihatan mental.

Mengalami tekanan kerja

Menerusi laporan Daily Mail, Leona merupakan seorang pekerja yang sangat ‘outstanding’ dan cemerlang dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai jururawat sepanjang berkhidmat di Hospital Prestwich, Greater Manchester. Mangsa sebelum ini pernah berkhidmat di unit detox Smithfield di Manchester kemudian pada tahun 2016, dia berpindah ke Chapman Barker Unit di Hospital Prestwich sebagai jururawat. Leona seterusnya dinaikkan pangkat menjadi jururawat kakitangan kanan pada tahun 2018.

Leona didakwa nekad bertindak dengan menggantungkan dirinya selepas 6 bulan dia dinaikkan pangkat. Malah, dia juga dikatakan mengalami tekanan kerja akibat 12 jam bekerja shift di hospital tersebut sehingga dia tidak mempunyai kehidupan yang normal seperti orang lain. Leona pernah menyuarakan keinginannya untuk memiliki sebuah keluarga dan menjalani kehidupan sosial tetapi disebabkan waktu kerjanya yang tidak menentu dan tanggungjawabnya yang semakin bertambah mambuatkan dia melupakan hasrat tersebut.

Sebelum menggantungkan diri, Leona juga ada meninggalkan satu nota bertulis tangan dengan meluahkan perasaan negatif sehingga dia menyatakan perasaan benci pada dirinya sendiri. Menerusi laporan inkues yang telah dibicarakan, Leona dikatakan ingin bekerja sebagai ahli terapi tetapi hasratnya itu terkubur kerana dia merupakan graduan lepasan di Universiti Machester dalam jurusan Kejururawatan dan Psikologi.

Baru putus cinta

Menurut rakan, Danielle Hinds, walaupun Leona berjaya menamatkan pelajarannya tetapi dia tidak pernah menikmati peranannya sebagai pelajar dalam jurusan tersebut.

Dia merasa terperangkap antara kelayakan dengan pengalaman. Leona struggle dengan tanggungjawab dan masa kerja yang tidak menentu sehingga menyukarkan gadis ini untuk mengekalkan kehidupan sosialnya.

Tambahnya lagi, Leona juga dikatakan sedang mencari rumah dan menyimpan duit untuk membayar deposit tetapi disebabkan kekangan masa, dia tidak berkesempatan untuk melakukan pencarian rumah tersebut.

Sementara itu, hubungan percintaan Leona bersama bekas teman lelakinya, Peter Schaffer baru sahaja tamat iaitu seminggu sebelum kematiannya itu. Menurut lelaki ini, Leona ada meluahkan hasratnya untuk memiliki anak suatu hari nanti dan mempunyai satu keluarga yang lengkap. Tetapi sepanjang dia bekerja di hospital tersebut, dia mengalami corak peralihan kehidupan yang berbeza dan membuatkan dia semakin tertekan dan kecewa.

Walaupun begitu, menurut pegawai koroner polis, Marie Logan mengesahkan bahawa kematian Leona tidak ada sebarang perkara yang mencurigakan.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×