

Seorang pengantin lelaki di Rusia telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun selepas didapati bersalah kerana membunuh isterinya di hadapan tetamu pada hari perkahwinan mereka.
Bunuh isteri depan tetamu majlis

Memetik laporan Mirror UK, suspek yang dikenali dengan nama Stepan Dolgikh telah bertindak memukui isterinya, Oksana Poludentseva hingga mati dihadapan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan tersebut. Suspek yang berusia 25 tahun itu kemudian membuang mayat isterinya ke dalam gaung. Menurut Ketua penyiasat Kirill Petrushin, insiden yang berlaku pada Oktober lalu berpunca apabila suspek mendapati bahawa isterinya yang berusia 35 tahun itu berlaku curang.
Dia mula menumbuk dan menendangnya di luar rumah. Dia mencengkam rambutnya, memukulnya, menolaknya keluar ke jalan, di mana dia juga terus memukul badan dan kepalanya.
Menurut sumber, para tetamu yang hadir akui sangat terkejut melihat tindakan suspek namun mereka tidak berani untuk masuk campur. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah membunuh isterinya beberapa jam selepas mereka bertukar ikrar di majlis perkahwinan. Susulan daripada itu, suspek telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun.
Berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini pernah dipenjara atas kesalahan membunuh dan selepas bebas dari penjara, suspek dan mangsa kemudian membuat keputusan untuk berkahwin.
Sumber: Mirror UK






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

