berita

Baru Berangan Nak Pandu X50 Baru, Sekali Salesman Dah ‘Lenjan’ Sampai Kemalangan…

March 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Malang tak berbau! Seorang jurujual mungkin tak lena tidur malam memikirkan kereta pelanggan yang dibawa olehnya terbabas dalam satu kemalangan. Ketika kejadian dia dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar kereta tersebut ke Johor Bahru.

Member bawa X50

Pada jam 3 ptg , kami mula bertolak keluar dari showroom . Manager sebagai saksi yg *** membawa kereta X50 tu dan saya membawa kereta *** . ** keluar dulu dan terus hilang entah ke mana . Apabila saya call, dia memberikan alasan dan dia meminta saya untuk terus jalan dulu . Sebelum itu saya telah beritahu lokasi penghantaran . Saya call *** untuk berjumpa dan gerak bersama (konvoi) tapi *** taknak dan menyuruh saya tidak menunggu dia . Terus jumpa di JB . Pada jam 5.30 saya menghantar lokasi customer kepada *** memberitahu saya yang dia telah sampai melaka dan masih meneruskan perjalanan.

Menurut wanita yang menceritakan kejadian ini, pembeli kereta tersebut merupakan pelanggannya sejak empat bulan yang lalu.  Ujarnya lagi, kereta pelanggannya itu telah didaftarkan pada 1 Mac yang lalu dan diminta dihantar ke Johor Bahru. Oleh sebab dirinya bukan lagi kakitangan syarikat tersebut, dia tidak dibenarkan menghantar kereta pelanggan secara sendirian. Akur dengan syarat tersebut, wanita yang dikenali sebagai Puteri ini ditemani seorang jurujual lain untuk membawa kereta X50 tersebut.

Saya telah berhenti di RNR dua kali dan pada jam 7 ptg saya telah keluar tol skudai jb, namun *** masih senyap tanpa khabar berita . Saya terus menghubungi *** sehingga pukul 8 PM *** kata dia telah masuk segamat dan saya menganggarkan dalam pukul 10 malam sampai JB . Saya terus menghubungi *** melebihi 40 kali tapi tak dijawab .

Selepas beberapa kali panggilan tidak dijawab, lelaki itu memaklumkan kereta yang dipandunya kemalangan pada kelajuan 180 km/h .

Putar belit fakta

Demi menjernihkan semula keadaan dan namanya, Puteri telah menunjukkan laporan polis yang dibuat untuk keselamatan diri dan bukti bukan dirinya yang memandu kereta itua. Dia berharap semua pihak tidak mendengar hanya dari sebelah pihak. Jelasnya, kes tersebut masih dalam siasatan.

Yang pasti kereta dah teruk! Pelanggan pun tak mahu terima

Sumber: Puteri TopSales

SKIP THIS AD ×