berita

Baru Berlabuh Di Jepun, 355 Penumpang Kapal Persiaran Diamond Princess Positif Covid-19

February 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sebuah kapal persiaran Diamond Princess telah berlabuh di Jepun. Jumlah penumpang yang berada di dalam kapal berkenaan telah disahkan positif Covid-19 sehingga angka meningkat ke 355 orang. Bagaimanapun, 73 penumpang lagi tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan wabak itu.

Dikuarantinkan di Jepun

Menurut laporan CNA, setakat ini Menteri Kesihatan Jepun iaitu Katsunobu Kato dan pasukan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 1,219 ke atas penumpang kapal berkenaan. Bagaimanapun, Amerika Syarikat juga dalam persiapan membawa pulang rakyatnya yang berada di dalam kapal berkenaan di mana ketika ini masih dikuarantinkan di negara Jepun.

330 rakyat Hong Kong akan dibawa pulang

Bukan negara Amerika Syarikat dan Kanada sahaja, malah, Hong Kong juga bersedia membawa pulang seramai 330 rakyatnya ke negara masing-masing. Kerajaan Jepun mengambil keputusan mengkuarantinkan kesemua penumpang kapal berkenaan berikutan seorang penumpangnya telah di uji positif Covid-19.

Seramai 3,700 penumpang termasuk anak kapal terdiri lebih daripada 50 buah negara yang berada di dalam Diamond Princess itu. Negara Jepun dikatakan tidak dapat melakukan pemeriksaan segera terhadap semua penumpang disebabkan kekurangan fasiliti dan tenaga kerja.

Sumber: CNA

SKIP THIS AD ×