berita

Baru Ditayangkan, Netizen Geram Ramai Kongsi ‘Spoiler’ Spider-Man.. Siap Ada Video Lagi!

December 16th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Keterujaan peminat filem Spider-Man untuk menonton filem sekuel terbaru terbitan Marvel Studios ‘terganggu’ apabila ada segelintir penonton yang mendedahkan plot serta jalan cerita filem tersebut. Lebih geram, beberapa klip video adegan filem berkenaan viral di media sosial seperti TikTok. Memang  ‘spoiler’ teruklah!

Filem Marvel paling dinantikan tahun ini

Melihat kepada keterujaan peminat dan ‘hype’ yang diterima filem ini, amat sesuai sekali untuk filem Spider-Man: No Way Home ini digelar sebagai karya paling dinanti-nantikan tahun ini. Rakyat Malaysia pula beruntung kerana dapat melihat tayangan perdana filem tersebut 2 hari lebih awal berbanding tayangan perdana di peringkat global.

Sekuel kali ini mengisahkan tentang hidup Peter Parker yang porak peranda akibat identitinya yang terdedah pada penghujung filem Spider-Man: Far From Home. Turut dilihat dari dalam ‘trailer’ No Way Home adalah kemunculan ‘villain’ yang dikatakan terlalu banyak sehingga menyukarkan Spider-Man melawan semuanya dalam satu masa.

‘Spoiler’ merata-rata

Walaupun ada ura-ura kemunculan watak Spider-Man tambahan seperti yang ditularkan, namun peminat lebih memilih untuk menonton kejutan tersebut sendiri berbanding mengetahuinya melalui media sosial.

Malah, ada yang menapis beberapa perkataan yang berkaitan dengan Spider-Man di Twitter untuk mengelak ‘spoiler’. Menerusi tinjauan kami di TikTok pula, beberapa adegan filem berkenaan dikongsi pengguna media sosial tersebut. Jangan jadi ‘spoiler’ guys!

 

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×