berita

Baru Je Episod 1, Ramai Yang Dah Meluat Dengan Mak Ngah Dalam Drama ‘Cukup Derita Itu’

May 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Saluran kegemaran rakyat Malaysia TV3 menyajikan drama baru iaitu Cukup Derita Itu sebuah karya Siti Rosmizah di slot Samarinda TV3. Drama Cukup Derita Itu bakal ditayangkan bermula 6 Mei 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam hanya di TV3.

Kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana

Drama Cukup Derita Itu mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan juga Ellana yang dibesarkan oleh ibu saudara kerana kedua orang tua mereka telah meninggal dunia. Meskipun dibesarkan oleh ibu saudara, pasangan kembar ini dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan seorang puteri manakala Ellani pula dilayan seperti hamba.

Apabila umur meningkat menjadi dewasa, Ellana telah bertemu dengan Zarul Zafran iaitu sorang lelaki tampan yang bekerja sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke alam perkahwinan, namun bahagia terhenti disitu apabila Zarul terlibat dalam kemalangan.

Secara tiba-tiba Zarul berubah hati kepada Ellani dan melamar kembarnya itu untuk menjadi isterinya. Ellani menjadi tidak keruan apabila bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula.

Bagaimana nasib Ellani?

Walau bagaimanapun, demi kebahagian seorang yang dia telah menganggap seperti ibunya sendiri, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya itu. Akhirnya Zarul Zafran telah sah menjadi suaminya. Kehidupannya berubah berbagai onak dan duri.

Akibat dendam Makngah dah Ellana telah menyebabkann hidup Ellani penuh dengan kedukaan. Lelaki yang telah sah menjadi suaminya itu mula berubah hati dah berpaling semula ke Ellana sehingga sanggup menceraikan isterinya itu. Lebih menyedihkan lagi apabila dia diceraikan melalui sms.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan oleh Zarul? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat bersambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani pada akhir nanti?

Jangan lupa saksikan Cukup Derita Itu di TV3.

Perangai Makngah Gayah mesti buat netizen geram!

SKIP THIS AD ×