berita

‘Baru Je Pijak Kepala Pekerja Situ’ – Nafi Terlibat, Fareez Fauzi Cerita Perkara Sebenar Yang Berlaku

August 29th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Seorang penyanyi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) ditahan pihak polis akibat mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang. Kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat perselisihan faham ketika suspek ingin mengisi minyak dengan membuat pembayaran menggunakan kad kredit namun tidak diterima staf disitu.

Susulan dari laporan berkenaan, anak kepada Fauzi Nawawi iaitu Fareez Fauzi yang ada ketika kejadian menjelas perkara sebenar yang terjadi.

Bukan saya individu itu

Fareez Fauzi mengakui berada di lokasi kejadian dan turut ditahan pihak polis bagi memberi keterangan ekoran kekecohan yang berlaku. Malah, dia juga tidak menyangka rakannya itu akan bertindak diluar kawalan.

Saya berada di tempat kejadian dan dipanggil memberi keterangan semalam. Tapi, bukan saya individu terbabit. Jangan fitnah. Sudah hampir sebulan tak jumpa dia.

Semalam jumpa dia sangat pelik. Dia asyik marah saja. Saya jumpa sebab dia minta tolong menghantarnya ke pejabat di Setapak.

Baru saja pijak kepala pekerja itu

Sebelum ini, penyanyi dan komposer muda itu menunjukkan perubahan dan bersikap pelik semalam tidak seperti sebelum ini.

Dalam perjalanan, saya singgah nak isi minyak. Dia pula masuk dalam kedai sebab katanya nak beli pen dan air. Jadi, saya alihkan kereta ke depan kaunter pembayaran. Saya tengok dia sedang bercakap dengan pekerja di kaunter.

Tak lama selepas itu, dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ. Saya terkejut dan ingat dia bergurau.

Selalu kena kecam warganet

Menurut anak kepada pelakon ini lagi, penyanyi tersebut mengalami kemurungan dan tertekan sehinggakan dia bertindak diluar kawalan. Penyanyi BBNU itu sedang direman dan akan dibawa ke mahkamah esok.

Dia masuk semula dan kereta polis datang. Saya cuba tenangkannya, tapi tak boleh juga. Itu yang polis terus bawa ke balai.

Dia ada cerita kemurungan sebab selalu kena kecam dengan warganet. Katanya, orang tak boleh faham dia. Hinggakan dia boleh tulis lirik di tangan. Dalam masa sama, dia cakap ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus nak cari duit.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×