

Suami kepada pempengaruh media sosial, Nadya Aulia Zulfa iaitu Fadlurahman Zikri ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang pelajar perempuan.
Guru bahasa arab cabul anak murid

Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Medan Tribunnews, perbuatan jijik itu hanya terbongkar selepas kakak mangsa melihat perbualan WhatsApp pada telefon mangsa.
Menurut pengadu, mangsa telah dicabul beberapa kali dan kali terakhir adalah pada 29 September lalu.
Difahamkan, suspek yang merupakan seorang guru bahasa Arab di sebuah sekolah dasar (rendah) di Indonesia itu melakukan perbuatan jijik tersebut di dalam keretanya.
Susulan daripada laporan yang dibuat, mangsa juga telah menceritakan kejadian sebenar ketika sesi soal siasat. Siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.
Untuk info, suspek dan isterinya, Nadya Aulia Zulfa yang juga merupakan seorang Make Up Artist (MUA) baru mendirikan rumah tangga iaitu pada Februari lalu.
Sumber: Medan Tribunnews







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)