berita

Baru Kahwin Tapi Belum Miliki Zuriat, Kakak Derma Rahim Kepada Adik

August 28th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita sanggup mendermakan rahim kepada adik kandungnya hanya kerana mahu membantu adiknya itu memiliki cahaya mata.

Pemindahan rahim pertama

Memetik laporan The Guardian, ini merupakan pembedahan pemindahan rahim pertama yang dilakukan di United Kingdom dan berjaya. Difahamkan, operasi pembedahan tersebut dijalankan selama sembilan jam.

Menurut pakar bedah iaitu Profesor Richard Smith, proses transplan itu adalah paling sukar sepanjang dirinya bergelar doktor. Namun dalam masa yang sama, Richard meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua pesakitnya berada dalam keadaan sihat selepas pembedahan tersebut.

Diharapkan dia berjaya memiliki bayi selepas ini.

Pembedahan pemindahan rahim tersebut melibatkan dua individu iaitu seorang wanita berusia 40 tahun (penderma) yang sudah memiliki dua anak dan adik perempuannya, 34, yang baru mendirikan tumah tangga.

Adiknya juga dikatakan sudah menyimpan embrio dan bercadang untuk melakukan IVF pada akhir tahun ini.

Sumber: The Guardian, Okezone

SKIP THIS AD ×