![]()
Biar betul? Kami pun antara percaya dan tidak apabila mendengar gosip terbaru ni. Tapi, secara logiknya tak salah pun jika mereka benar-benar mempunyai hubungan yang istimewa kerana kedua-duanya sedang ‘patah hati’ dengan cinta yang lalu.
Desas-desus ini sebenarnya bermula pada akhir tahun lalu apabila Kamal dikatakan telah menjemput dan menghantar Emma ke lapangan terbang. Tapi, macam biasalah, Kamal menafikan dakwaan itu.
Namun, baru-baru ini kedengaran pula cerita bahawa Kamal sudahpun membawa Emma berjumpa ahli keluarganya. Minta restu ke? Hehe.
Emma Pandai Ambil Hati
![]()
Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka.
Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. – Malaysian Digest
Jika benar bagai dikata, kiranya pantas juga mereka menggantikan cinta lama kan? Hurm..Bagaimanapun, setakat ini kedua-duanya berkata bahawa mereka selesa berkawan rapat.
Pesan kami pada Kamal, kalau dah suka, pinang cepat-cepat. Bukan apa, tak nak pisang berbuah dua kali








