berita

Baru Seminggu Kahwin Mentua Dah Minta Buat ‘Pregnancy Test’, Ugut Suami Kahwin Lain Jika Gagal Hamil

June 29th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Luahan hati seorang wanita yang diminta melakukan ujian kehamilan hanya selepas seminggu mendirikan rumah tangga mendapat perhatian ramai.

Minta buat ‘pregnancy test’ selepas seminggu kahwin

Sekadar gambar hiasan

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Igtainmenttt di Instagram, wanita terbabit mendakwa bahawa mentuanya meminta dia melakukan ujian kehamilan setelah seminggu mendirikan rumah tangga.

Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh buat ujian kehamilan oleh mentua.

Dalam pada itu, mentuanya turut mempersoalkan mengapa dia tidak mengandung lagi kerana dua isteri abang iparnya juga tidak mempunyai cahaya mata.

Bahkan mentua beritahu kalau saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain.

Walau bagaimanapun, tindakan mentuanya itu membuatkan dia berasa tertekan kerana suaminya hanya menurut permintaan mentua.

Saya sayangkan suami. Apa yang patut saya lakukan.

‘Cari suami baru je lah kak’

Sekadar gambar hiasan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kesal dengan tindakan mentua yang suka memaksa itu. Malah, ada juga di antara mereka yang memberi kata-kata semangat kepada wanita terbabit agar terus tabah menghadapi cabaran yang ditempuhnya itu.

Cari suami baru je lah kak,” kata pengguna @ms.djaya.

Wanita bukannya kilang anak. Suami kena tegas pasal hal ni. Saya sedih membacanya,” kata pengguna @hereisigle.

Buat ujian kesuburan. Isteri abangnya tak hamil langsung, takut suami atau menantunya yang tak subur,” kata pengguna @ctsartika_aziz.

Kalau diceraikan reda je sebab suami dan mentua sama-sama tak betul. Awak berhak mendapatkan yang lebih baik,” kata pengguna @its.sintatia.

Sumber : igtainmenttt

SKIP THIS AD ×