
Pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa memaklumkan isterinya, Ardell Aryana berada dalam keadaan tidak sihat dan terpaksa menjalani proses memasukkan air dalam badan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadzmi Adhwa Tampil Beri Penjelasan Benarkan Ardell Aryana Sertai Misi Kemanusiaan – ‘Kenapa Nak Kecam Saya?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ardell Aryana Dedah Anak Usia 5 Tahun Mimpi Syurga Sebelum Berangkat Misi Kemanusiaan GSF
Masuk drip
Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi berkata Ardell tidak memberitahu perkara itu kemungkinan tidak mahu keluarganya yang jauh risau dengan keadaannya.
Saya baru tahu awak kena drip air rupanya.
Tidak beritahu kami sebab tidak mahu susahkan hati kami di sini.
Kuat bertahan ya, awak dah kurus. Dapat tahu dari orang lain.
Pada ketika ini, Ardell sedang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu usaha kemanusiaan antarabangsa bersama Zizi Kirana.
Nadzmi berkata dia mengetahui keadaan kesihatan Ardel selepas dimaklumkan seorang aktivis, Ilyia Balqis yang bersama dalam misi berkenaan.
Tidak dapat nak hubungi dua hari, baru dapat hari ini.
Alhamdulillah. Ujian hebat tapi semangat juang awak memang luar biasa.
Dalam kesempatan itu, Nadzmi turut mendoakan agar isterinya diberi kekuatan berdepan ujian itu.