berita

Batal Projek Kereta Api Laju KL-Singapura, Najib Razak Dakwa Malaysia Kena Bayar Pampasan RM310 Juta

January 1st, 2021 | by Wan
Kini Trending

Perdana Menteri Malaysia menerusi satu kenyataan bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan projek kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura (HSR) dibatalkan serta merta selepas gagal mencapai kata putus susulan tempoh penangguhan yang berakhir semalam.

Gagal capai kata sepakat

Menerusi kenyataan itu, kedua-dua negara sudah beberapa kali mengadakan perbincangan namun gagal mencapai kata sepakat. Perkara ini diburukkan lagi dengan situasi semasa pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi negara.

Kedua-dua kerajaan melakukan beberapa perbincangan berhubung perubahan terbabit, namun gagal mencapai kata sepakat. Oleh itu, perjanjian HSR sudah luput pada 31 Disember 2020

Kedua-dua negara akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan akan meneruskan tindakan selanjutnya selepas perjanjian HSR dibatalkan.

Pada September 2018, Malaysia dan Singapura telah bersepakat untuk menangguhkan pembinaan projek keretapi laju HSR KL-Singapura, tanpa melibatkan sebarang bayaran pampasan dan akan disambung semula dua tahum kemudian iaitu pada 2020.

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Mei lalu memaklumkan projek ini akan disambung semula sebelum kerajaan memutuskan untuk membatalkannya pada hari ini.

Sementara itu di Facebook, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan perlu membayar pampasan kepada Singapura sekurang-kurangnya RM310 juta ekoran pembatalan projek itu.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157591941935952

SKIP THIS AD ×