berita

Bawa Banyak Jam Tangan Mewah Naik Kapal Terbang, Shah Rukh Khan Kena Tahan Dekat Kastam

November 15th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara dakwaan tidak membayar cukai, nama Shah Rukh Khan (SRK) tiba-tiba menjadi kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India.

Bawa jam tangan jenama mewah

Menerusi laporan The Economics Times, pelakon filem ‘Dilwale’ ini dikhabarkan baru pulang daripada menyertai acara anugerah di Sharjah dan tidak mengisytiharkan barangan mewah yang dibawa. Antara barang mewah yang dibawa pada masa tersebut adalah sebuah jam tangan berharga sekitar RM4,000 selain enam jam tangan jenama mewah bernilai lebih RM100,000.

Susulan daripada itu, barangan tersebut ditemui pihak kastam ketika melakukan pemeriksaan terhadap Shah Rukh Khan yang tiba di terminal Chhatrapati Shivaji pada Sabtu lalu dengan menaiki jet peribadi. Hasil perbincangan, ternyata salah faham tersebut dapat diselesaikan kerana tiada pegawai atau kaunter khusus untuk bayaran duti kastam pada waktu itu.

Shah Rukh Khan dibenarkan keluar dari lapangan terbang tersebut, manakala seorang pengawal peribadinya menguruskan bayaran duti sebanyak RM39,000 kepada pihak berkuasa.

Sumber: The Economics Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×