
Susulan sambutan yang menggalakkan, program kerohanian Doa Dari Hati yang dianjurkan bersama One World Muslimah (OWM) dan Premiera Hotel Kuala Lumpur akan diteruskan secara bersiri.
Artikel Berkaitan: Penampilan Istimewa Oki Setiana Dewi Tarik Sambutan Luar Biasa, Tiket Cahaya Hati 3.0 Habis Terjual
Artikel Berkaitan: Oki Setiana Dewi, Heliza & Hazwani Helmi Sepentas Di Program Cahaya Hati 1.0, Sebar Sinar Kekuatan Buat Kaum Hawa
Sambutan hangat

Program yang berlangsung pada 1 Februari lalu itu ternyata memberi impak baik kepada masyarakat kerana menumpukan sepenuhnya kepada pemulihan rohani, khususnya buat kaum Hawa.
Perkongsian daripada pendakwah terkenal Indonesia iaitu Ustazah Oki Setiana Dewi antara yang ditunggu-tunggu kerana memberi kesan mendalam terhadap aspek mental dan spiritual.
Elemen ini menjadikan para peserta tersentuh sekaligus dapat mengubat jiwa mereka yang mungkin sedang berdepan dengan pelbagai ujian kehidupan.
Pengerusi OWM, Noor Razlina Noor Mohamed berkata, sambutan terhadap program yang dianjurkan amat memberangsangkan terutama dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri.
Alhamdulillah, sambutan untuk kedua-dua acara amat memberangsangkan.
Doa Dari Hati sememangnya dirancang sebagai program bersiri. Ia merupakan program di anjuran Hotel Premiera dan akan dianjurkan dalam bentuk majlis-majlis halaqah bersama Ustazah Najihah.
Tarikh dan waktu akan dipilih dengan teliti agar sesuai.
Pemilihan penceramah

Sementara itu, Noor Razlina menegaskan prinsip OWM dalam pemilihan penceramah kekal jelas, khususnya berhubung isu penjemputan pendakwah tidak bertauliah atau kontroversi.
Setiap penganjur mempunyai strategi dan pendekatan masing-masing, dan saya tidak berada pada posisi untuk menilai keputusan pihak lain.
Namun bagi One World Muslimah (OWM), penceramah mestilah mempunyai tauliah yang sah daripada pihak berkuasa, dan pemilihan dibuat melalui perbincangan serta persetujuan bersama Ahli Jawatankuasa OWM. Kami juga mengambil kira maklum balas dan permintaan peserta setia yang mengikuti program-program kami.
Mengulas perancangan OWM sempena Ramadan dan Aidilfitri, Noor Razlina berkata pertubuhan itu merancang untuk menganjurkan majlis berskala sederhana dengan penekanan kepada pengisian rohani, ketenangan jiwa dan kebersamaan.
Bagi musim Ramadan dan Aidilfitri, OWM merancang untuk menganjurkan majlis-majlis berskala sederhana, namun lebih fokus kepada pengisian rohani, ketenangan jiwa dan kebersamaan.
Pendekatan kami adalah untuk tidak terlalu besar dari segi skala, tetapi bermakna dari sudut impak, selari dengan semangat Ramadan itu sendiri.
Selain Oki, program tersebut turut menampilkan barisan panel lain iaitu Ustazah Najihah, Ustaz Muhamad Assad, Haliza Maysuri dan Datin Anne Ngasri.








![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)