Sekadar gambar hiasan
Bermula dengan mengadu sakit perut sebelum dibawa berjumpa dengan dukun, alangkah terkejutnya kedua ibu bapa gadis ini selepas mengetahui anak tersayang yang berusia 13 tahun sebenarnya sedang sarat mengandung enam bulan.
Susulan daripada itu, pihak polis telah pun menahan suspek, J, 30, yang merupakan warga Desa Ulu Danau, Kecamatan Sindang Danau, Indonesia.
Rupa-rupanya mengandung
Foto: Tribun News
Memetik laporan Tribun News, mangsa mengadu mengalami sakit perut dan kedua ibu bapanya membawa dia berjumpa dengan dukun bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dukun berkenaan menjelaskan gadis itu sebenarnya sedang hamil enam bulan.
Berasa kurang pasti dengan kenyataan tersebut, gadis ini telah dibawa berjumpa bidan kampung dan hasil pemeriksaan dia disahkan hamil enam bulan. Susulan daripada itu, keluarga kepada gadis ini bertindak membuat laporan polis dan mangsa dipercayai pernah menjadi mangsa serangan seksual J beberapa yang lalu ketika suspek datang melawat kampung gadis berkenaan.
Suspek ini telah melakukan persetubuhan di dalam bilik mangsa ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah dan sudah mengenali antara satu sama lain.
Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Tribun News