berita

Bawa Naik Motor Sejauh 500km Sebab Nak Tengok Bola, Bayi 6 Bulan Dilapor Maut

August 9th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

sekadar gambar hiasan

Seorang bayi berusia enam bulan dilaporkan meninggal dunia selepas dibawa oleh ibu bapanya menaiki motosikal dari Jawa Tengah ke Jawa Timur, Indonesia gara-gara pasangan itu ingin menonton perlawanan bola sepak.

Bayi maut naik motor lama-lama

Difahamkan, kejadian berkenaan disahkan oleh bapa mangsa yang dikenali sebagai FJ. Ujarnya, dia bersama isterinya membawa bayi mereka menaiki motosikal dari Tegal, Jawa Tengah pada 5.38 petang waktu tempatan dan sampai ke Surabaya, Jawa Timur jam 7.15 pagi keesokan harinya kerana ingin menonton pasukan bola sepak kegemarannya beraksi. Jarak antara dua wilayah berkenaan adalah sekitar 500 kilometer (km).

Ketika mereka tiba di rumah, anaknya mula batuk serta sukar bernafas sebelum dibawa ke hospital. Walau bagaimanapun, bayi berusia enam bulan itu disahkan meninggal dunia meskipun doktor sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya.

Ini semua berlaku sebab kebodohan, ego dan keangkuhan saya. Saya harap saya seorang je yang bersikap macam ini.

Harap dapat dijadikan pengajaran

sekadar gambar hiasan

Susulan daripada kejadian itu, si bapa berharap agar kisah yang dikongsikannya itu dapat dijadikan pengajaran untuk para ibu bapa. Sehingga kini, punca kematian bayi terbabit masih belum didedahkan.

Dalam pada itu, pakar pediatrik, Dr Kurniawan Satria Denta menasihatkan ibu bapa agar tidak membawa bayi mereka menaiki motorsikal kerana bayi kecil tidak boleh terdedah dengan suhu yang terlampau sejuk.

Antara risikonya adalah hipotermia. Bayi kecil tak boleh terlampau sejuk. Bayi yang mengalami hipotermia berisiko tinggi untuk mengalami masalah pernafasan dan metabolik serta berisiko tingga untuk tidak sedarkan diri.

Sumber : Coconut News

SKIP THIS AD ×