Setiap kali menjelang bulan Ramadan, umat Islam akan memeriahkan malam-malam mereka dengan menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid. Selepas solat, akan ada hidangan ‘moreh’ yang pasti akan menggamit pelbagai kenangan bersama keluarga mahupun jiran tetangga.
Bagi anda yang mempunyai anak kecil, jangan fikir anda terbatas untuk melakukannya. Sebenarnya, tak salah untuk membawa sekali anak-anak anda, apa yang penting anda perlu tahu cara untuk mengawal mereka. Ikuti perkongsian oleh Dr. Sheikh Muszaphar mengenai tips nak bawa anak solat terawih di masjid.
5 tips nak bawa anak solat terawih
https://www.instagram.com/p/BxFb4d4nhoJ/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1o10rc2nvbblm
Menerusi Instagramnya, terdapat 5 tips yang dikongsikan iaitu:
1. Siapkan susu anak, lampin pakai buang dan bawa sekali beberapa alat permainan yang paling anak anda gemari.
2. Pilih tempat solat pada barisan terakhir supaya pergerakan anak tidak mengganggu jemaah lain dan memudahkan untuk anda keluar dari masjid jika anak-anak mula meragam.
3. Anda juga perlu sentiasa memerhati keadaan anak kerana bimbang mereka berasa takut dengan suasana di tempat yang baru.
4. Jika anak menangis, bawa mereka keluar dari ruangan solat dan tanya punca mengapa dia menangis. Mungkin anak anda berasa lapar atau mereka tidak selesa dengan keadaan lampin yang dah penuh. Jangan biarkan anak terus menangis kerana ia akan mengganggu jemaah lain. Teruskan solat terawih sebaik sahaja keadaan mereka terkawal.
5. Beri anak anda makan sebelum datang ke masjid. Jika mereka tertidur ketika anda sedang melakukan solat, biarkan sahaja.
Menurut Dr. Sheikh Muszaphar lagi membawa anak bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat adalah amalan yang baik sekaligus mereka dapat mempelajari daripada orang-orang di persekitarannya. Tapi, apa yang penting adalah pastikan mereka tidak mengganggu jemaah lain.
Sumber: Dr. Sheikh Muszaphar