berita

Bayar RM30k Ambil Kos Pelancongan, Gadis Akur Intern Kena Jaga Parkir Bawah Terik Matahari

January 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian seorang pelajar praktikal dikenali sebagai Erynaa di laman TikTok, mencuri perhatian ramai apabila dia dipercayai perlu menjaga tempat parkir ketika menjalani praktikal di sebuah syarikat.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah tugas kerja yang diberikan kepadanya seolah-olah tidak relevan dan bersesuaian.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Bagi Alasan’ – Lagi Kes Pensyarah ‘Sombong’, Berkeras Minta Pelajar Hantar Tugasan Walaupun Banjir

Artikel Berkaitan: Minta Kelonggaran Jawab Ujian Sebab Rumah Banjir, Jawapan Pensyarah Ini Buat Pelajar Kecewa

Praktikal tapi kena jaga parking panas-panas

Menerusi video yang dikongsi, pelajar ini dikatakan bertugas sebagai pengawal keselamatan dengan menjaga parkir di bawah terik panas matahari dengan bantuan sekaki payung. Ujar gadis ini, dia mengambil jurusan pelancongan dan tempat praktikal tersebut merupakan pilihannya sendiri.

Bayar kos belajar RM30k tapi intern jaga parkir. Dah lah panas. Saya bersyukur dapat tempat intern kan. At least ada tempat intern. Doa yang baik-baik jelah.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut menceritakan dia sempat bertanyakan kepada pensyarahnya untuk menukar tempat praktial. Namun, permintaan tersebut sama sekali tidak boleh diproses berikutan tempoh praktikalnya hampir tamat.

Dah nak habis sebenarnya (lagi 2 bulan nak habis). Sebenarnya, saya bukan duduk dekat tempat parkir, saya dekat bahagian tiket. Tapi, disebabkan mungkin nak tukar tempat dengan budak intern lain.

Budak intern baru duduk dekat bahagian tiket, saya yang lama duduk dekat sini (bahagian parkir).

Video penuh:

@erynapijah01Dah la panas bodo ?? bunyi asal – ???? || ???????? – ???? ? ???° ?

@erynapijah01 Reply to @vianayati_ ? Funny Song – Cavendish Music

@erynapijah01 Reply to @lampu.ajaib__ ? original sound – Erynaa

Respon netizen

Sumber: Erynaa

SKIP THIS AD ×