Masih tak pasti di mana port makan yang best untuk bulan puasa tahun ni? Jom admin bawa korang ke satu destinasi yang cukup berbaloi dengan lebih dari 200 jumlah hidangan! Dibahagikan kepada beberapa seksyen memang boleh pengsan korang sebab kekenyangan dekat sini.
Pilihan makanan yang GILA-GILA!
Bukan sekadar ada BBQ, makanan melayu, nasi arab dan shell out tapi western food, seafood pun ada. Tak dilupakan juga dessert dorang ada lebih 50 pilihan. Ada kuih-kuih melayu, manisan seperti bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, cendol, ais kacang, puding, kek dan macam-macam la. Tak larat nak makan…
Harga berpatutan! Bawah RM 100…
Bagi admin harga yang diorang tawarkan berpatutan dan berbaloi sangat! Hanya RM98 bagi dewasa, RM 65 bagi warga emas dan RM 30 bagi kanak-kanak. Mana nak dapat makan dengan harga macam tu sekarang? Nak-nak, kalau dekat hotel kan?
Beli 8 percuma 2! Booking awal ye…
Istimewanya untuk korang, bermula dari tarikh hari ini korang dah boleh mula booking untuk berbuka disana! Kalau booking sekarang untuk 8 orang makan, korang boleh makan seramai 10 orang sebab lagi 2 orang boleh makan secara percuma! Kiranya sorang cuma perlu bayar RM 74+! Berbaloi kan?
Jadi jangan sesekali lepaskan peluang ni! Dah la harga murah, siap bagi percuma lagi. Bagi korang yang plan nak berbuka ramai-ramai tu, boleh dah booking dari sekarang. Senang diorang plan untuk korang.
Yang pastinya The Pearl Kuala Lumpur memang pilihan terbaik! Korang tak kan menyesal makan dekat sini. Pilihan makanan dan layanan diorang first class eh! Letup!
**Tawaran tertauk pada terma dan syarat
**Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut
Kasual…Ruang makan mereka sempoi habis!
Dilengkapi dengan ruang makan indoor dan outdoor. Kedua-dua ruang makan ni nyata memiliki tarikan mereka yang tersendiri. Ruangan outdoor memang pilihan yang tepat. Dekat dengan swimming pool pulak tu… Memang cool habis la!
Suasana yang santai dengan pemandangan kota raya Kuala Lumpur yang meriah dengan lampu-lampunya, serius best! Kena pulak dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Semangat nak bebuka puasa tu jadi lain macam je.
Hiasan dalaman ruang makan The Pearl yang elegan dan menawan pasti mengujakan korang. Dilengkapi dengan ruangan berhawa dingin, kemudahan seperti sound system dan pencahayaan yang baik, memang selesalah korang nak menjamu selera. Servis diorang pun tip top dan laju!
Singgah The Pearl jom!
Jadi, bagi korang yang plan nak buat jamuan berbuka puasa atau makan-makan, apa kata try dekat sini. Memang puas hati la! Tambah pulak sekarang ada promosi ramadhan baik korang jangan lepaskan peluang ni.
Ajak la bos dan office mate, ramai-ramai berbuka dekat sini! Lauk diorang power! Lagipun pilihan makanan kat sini betul-betul dahsyat! Nak maklumat yang lebih detail, korang boleh call atau whatsapp je diorang.
No telefon: 03-79831111/EXT 3205
Whatsapp +60163318729
Lokasi The Pearl Kuala Lumpur: