berita

Bayi 11 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

May 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dilaporkan maut di rumah pengasuhnya di Kajang dua hari yang lepas.

Maut di rumah pengasuh

Sekadar gambar hiasan

Pihak polis menerusi laporan Harian Metro, meminta orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai insiden berkenaan. Ujar Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan pihaknya telah menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang mengenai kejadian itu.

Pihak Hospital Serdang memaklumkan menerima bayi berusia 11 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa dari rumah pengasuh.

Keterangan daripada pengasuh sudah diambil.

Sehingga kini siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak malang itu dan bedah siasat turut dijalakan semalam, di Unit Forensik Hospital Serdang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Dalam pada itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×