berita

Bayi 3 Bulan Maut Digigit Ibu Kandung Alami Masalah Mental

June 30th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan di Bima, Indonesia ditemui meninggal dunia selepas dipercayai digigit oleh ibu kandungnya sendiri.

Dipercayai digigit oleh ibunya

Menurut Ketua Perhubungan Awam Bima, Iptu Adib Widayaka mengatakan bahawa bayi perempuan itu meninggal dunia akibat luka gigitan yang dipercayai digigit oleh ibunya. Lebih pilu lagi apabila mangsa mengalami luka di bahagian pipi kiri, hidung dan tangan kiri.

Ketika kejadian, penduduk kampung datang ke rumah suspek kerana terdapat seorang wanita mengatakan bahawa terdapat kes penderaan berlaku dan meminta untuk membantu memeriksa mangsa.

Saksi yang mendengar perkara terbabit bergegas ke rumah suspek. Namun apabila tiba, dia mendapati mangsa sudah terbaring di atas tikar dan dilitup dengan kain batik dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi.

Bapa menangis sambil tengok mayat anak

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, bapa kepada bayi terbabit dilihat sedang menangis sambil memandang mayat anaknya itu. Sementara itu, suspek pula berdiri di hadapan pintu bilik sambil mendukung anak sulungnya yang berusia dua tahun.

Ketika itu saya tanya apa ‘apa yang kau dan buat dengan anak kau?’ Dia hanya kata ‘Saya tak tahu apa-apa’ dengan muka kebingungan.

Susulan daripada itu, polis bergegas ke tempat kejadian untuk menangkap suspek serta meminta keterangan awal daripada saksi. Difahamkan. mangsa telah dibawa ke hospital Bolo untuk proses bedah siasat.

Anggota polis yang datang ke tempat kejadian telah memeriksa keadaan mangsa dan terus menahan suspek untuk siasatan selanjutnya.

Berdasarkan kenyataan awal saksi, suspek mempunyai sejarah gangguan mental. Maklumat daripada keluarga juga telah menguatkan lagi dakwaan di mana suspek dikatakan sering dirasuk.

Sumber : Antaranews

SKIP THIS AD ×